TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, January 24, 2013

Satu Doa Dari Tiga Doa Rasulullah


Assalamualaikum w.b.t

‘Amir Bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah berkata S.A.W. telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W samapi di Masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W. berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T: 

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W. pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 


Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. PermohonanKu ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya tidak dibinasakan dengan bencana tengggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). PermohonanKu ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka ( peperangan, pergaduhan antara sesame islam). Tetapi permohonanKu telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah orang islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya? 







No comments:

Post a Comment