TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Wednesday, October 31, 2012

Terengganu ada ICT!!

SALAM TERENGGANU KITE

ok..tajuk kali ni  pasal ICT..
sebut pasal ICT..pasti orang tertanya-tanya..
ada k ICT d Terengganu???

kalau korunk nak tahu..
di Kuala Terengganu ada 2 tempat ICT 
lagi gempak dari ICT Shah Alam.. : )

korunk jangan confius or terkejut pulak...
korunk ingat kat Shah Alam je ada pokok2 berlampu
kat Kuala Terengganu pun ada la...
so...orang ganu...x payah pergi Shah Alam kalau nak tengok pokok-pokok berlampu..

ok..1st ICT yang ada di Kuala Terengganu 
terletak di Pantai Teluk Ketapang
area Lapangan Terbang Kuala Terengganu
kalau orang luar datang Kuala Terengganu...
confirm datang kat sini punya...
tapi..korunk jangan marah pulak...
ICT yang aku maksudkan kat sini...
Ikan Celup Tepung (ICT)
hehe....





*nak lg best..order pulak ABC or air kelapa....perghhh  terbaeekk....

macam mana..x terliur k tengok...
seyes best...
rasa sekali pasti nak lagi (lebih2 pulak promote)


ok..next..second place ICT at Kuala Terengganu
terletak dalam bandar Kuala Terengganu
dikenali sebagai Pulau Warisan
senang cerita...
belakang Perkampungan Cina or Pasar Kedai Payang (mesti korunk kenal kan)
ICT ni baru la lebih kurang macam ICT di Shah Alam

ok..sekarang aku nak story mory ckit pasal Pulau Warisan ni
Masih ramai yang tak kenal Pulau Warisan
Orang Terengganu sendiri pun ada yang tak kenal Pulau Warisan
Kalau Pulau Wan Man tu kenal la
Pulau Wan Man tu ada Masjid Kristal sebab tu terkenal
Manakala Pulau Warisan pula ada tarikan tersendiri iaitu panorama indah dan menarik... 
memang rugi tak datang
Dont miss it kalau datang ke Terengganu...huhu
Ok..Pulau Warisan ni macam jugak Pulau Wan Man adalah pulau buatan. 
Pulau Warisan ni terletak di belakang Kampung Cina...
Kampung Cina ni pulak adalah satu kependudukan Cina Terengganu yang mengunjur dari Hotel Seri Malaysia di Balik Bukit dan memanjang sehingga ke Pasar Kedai Payang. 


Maka sebagaimana panjangnya Kampung Cina ni maka begitulah panjangnya Pulau Warisan. Kampung Cina ni pulak telah di wartakan sebagai warisan antarabangsa di bawah UNESCO jadi tak boleh usik lah ia dah jadi bahan warisan.

Jadi sebagaimana Kampung Cina tu jadi bahan warisan maka pulau buatan di belakang kampung Cina pun jadi lah Pulau Warisan. Rasa-rasanya dah faham lah tu...hehe
Kalau korunk dari Kuala Lumpur or mana2 cari saja GPS ah senang kan tu
Mesti jumpa punya....
Pulau Warisan ni telah menjadi lokasi strategik bagi banyak event antaranya jom heboh TV3. 












Ahh.. selebihnya kalau nak tengok datang lah sendiri ke Terengganu...


OK..TERSEBUT LA CERITA PASAL ICT KUALA TERENGGANU


~TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013~

2 comments: