TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Monday, February 17, 2014

Pemohonan T-GAS

Kerja pagi ni, settle kan pemohonan T-GAS.. Apa itu T-GAS?. T-GAS atau nama penuhnya Terengganu Graduate Attachment Scheme adalah satu program di anjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui TESDEC bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah Terengganu. Program ini dijalankan dengan konsep “On Job Training” atau latihan sambil bekerja di syarikat atau jabatan terpilih selama tempoh 6 bulan.

Syarat kemasukan bagi program ini adalah pemohon mesti rakyat negeri Terengganu dan berumur antara 21 tahun hingga 28 tahun. Semua pemegang ijazah dan diploma layak memohon. Elaun bulanan juga diberikan iaitu RM600 bagi pemegang Ijazah dan RM500 bagi pemegang Diploma.

Pemohonan bagi program ini boleh dibuat secara online di pautan link INI. Pemohonan sangat ringkas iaitu perlu membuat pendaftran baru dan seterusnya login pemohonan. Perkara yang perlu diisi hanya maklumat diri, maklumat kursus program dan maklumat akademik. Seterusnya, cetak borang pemohonan tersebut dan poskan ke alamat yang diberikan beserta dokumen-dokumen yang dikehendaki.

p/s: Orang ganu yang belum dapat kerja lagi tu..elok la mohon..selamat berjaya

4 comments: