TERKINI DI ASWAN AZMY BLOG

Thursday, February 28, 2013

Indahnya Hidup Bersyariat - Dato' Ismail Kamus

Assalamualaikum

Urmm...dah lama tak create entry. Awal2 semester macam ni, memang teramat busy, sampaikan nak tengok blog pun tak ada masa. Lebih-lebih lagi berada tahun akhir, banyak perlu di settle kan. Alhamdulilah, hari ni dapat jugak menyelesaikan masalah berkaitan Supervisor Projek Sarjana Muda (PSM).


ok..back to title entry.."Indahnya Hidup Bersyariat" adalah sebuah buku yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus. Isi buku ni sangat bagus wan tengok. Ianya merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu Kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hukum muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab ilmu bersumberkan Al-Quran dan Hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Panduan amalan yang disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah atau individu. Oleh kerana baucer buku yang Wan dapat semalam tak tahu nak beli apa..so..Wan beli buku ni untuk dihadiahkan untuk my mom... :)

p/s: memang tak rugi kalau korunk beli buku ni..memang sangat berguna...

1 comment:

  1. Wah dik hensem beli buku nie...cik pinjam boleh..haha...tengok tajuk de cik akak berkena...nak juga buku nie...huhu...kalau jumpa kat sarawak nie..compen cik akak post entry kdit gi dik hensem..hahaha...bukan nak menyombong...cuma kita nak kasi tahu dik hensem...yang kita pun ade juga..hahaha..salam BW dear :)

    ReplyDelete